Friday, 2 November 2012

KATA ADJEKTIF

Assalamualaikum w.b.t
Erm… rasanya sudah agak lama saya tidak menulis dalam entri blog saya ini. Bukan bermaksud saya tidak ingin menulis, tetapi disebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menulis. Maklum lah sekarang ini saya sedang berada di kampung halaman saya. Saya telah pulang ke kampung pada minggu lepas untuk menyambut hari raya Aidiladha. Sememangnya hari raya Aidiladha di sambut agak meriah di kampung saya pada setiap tahun. Hal ini demikian kerana, selepas selesai sembahyang raya, kami akan bergotong-royong untuk memulakan aktiviti di pagi hari raya iaitu ibadah Qurban.
            Saya dapat lihat, kanak-kanak yang paling teruja untuk melihat acara penyembelihan lembu ini, hal ini mungkin disebabkan oleh pengalaman kali pertama mereka melihatnya. Selepas selesai penyembelihan lembu, kaum lelaki akan bergotong royong untuk melapah dan memotong agar menjadi bahagian yang kecil-kecil untuk diberikan kepada kepada jiran-jiran yang tinggal berdekatan. Selain itu, kaum wanita juga tidak ketinggalan bergotong-royong untuk memasak untuk dijamu kepada mereka yang tinggal berdekatan dan yang datang untuk beraya. Ketika itu, saya sempat mendengar perbualan di antara mereka. Antaranya ialah:
1.      Wat mari gare tu sikit, gulai ni raso tawa hebe’ lagi.
2.      Acu wat air gak,dhago ni..tapi jange wat sapa manih letin pulak deh.
3.      Oloh, masin perat’ la plak gulai ni…sapo hk buh gare ni.
Apa yang dapat saya dengar di antara perbualan mereka ialah, mereka menggunakan kata penguat adjektif dalam dialek Kelantan di dalam perbualan tersebut. Malahan, bagi saya kata adjektif ini agak unik kerana ia berbeza di setiap negeri walaupun maksudnya sama. Seperti di negeri sebelah utara tawa hebe’ ialah di sebut sebagai tawar hebeih dan manih letin pula di sebut sabagai manis melecah. Oleh itu, penggunaan kata adjektif di setiap negeri mempunyai sebutan yang berbeza, akan tetapi tidak ketara perbezaannya kerana kita masih lagi boleh memahami maksud asalnya.

No comments:

Post a Comment