Saturday, 27 October 2012

KATA BILANGAN


Assalamualaikum w.b.t
Hai kawan-kawan blog saya semua. Pada kali ini saya ingin menjelaskan tentang penggunaan kata bilangan di dalam entri blog saya ini. Tapi, sebelum itu saya akan menjelaskan dahulu serba-sedikit tentang kata bilangan. Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan jumlah sesuatu. Kata bilangan boleh digunakan di hadapan  frasa nama. Terdapat beberapa jenis kata bilangan, iaitu:
JENIS
CONTOH
1.      Kata bilangan tentu
Dua, dua puluh, satu ribu, satu juta dan sebagainya.
2.      Kata bilangan tak tentu
Segala, semua, sedikit, seluruh, beberapa dan sebagainya.
3.      Kata bilangan pisahan.
Suku, separuh, setengah, sepertiga dan sebagainya.
4.      Kata bilangan himpunan.
Beratus-ratus, berhari-hari, berminggu-minggu dan sebagainya.
5.      Kata bilangan tingkat.
Pertama, ketiga, kesepuluh dan sebagainya.

            Kata bilangan tentu dan kata bilangan himpunan mesti digunakan mengikut penjodoh bilangan. Contoh ayat ialah :
                                i.            Dia memiliki dua kereta (salah)
                              ii.            Dia memiliki dua buah kereta. (betul)
Kata bilangan tak tentu juga boleh digunakan tanpa diikuti dengan penjodoh bilangan (kecuali kata beberapa). Contoh ayat ialah:
                                i.            Semua orang penduduk. (salah)
                              ii.            Semua penduduk. (betul)
                            iii.            Beberapa penduduk. (salah)
                            iv.            Beberapa orang penduduk. (betul)
Penggunaan kata nama selepas kata bilangan tak tentu yang membawa maksud jamak tidak perlu digandakan. Contoh ayat ialah:
                                i.            Segal persiapan-persiapan. (salah)
                              ii.            Segala persiapan. (betul)
Penggunaan kata bilangan pisahan ‘setiap’ tidak perlu diikuti penjodoh bilangan. Sebaliknya, penggunaan ‘tiap’ hendaklah digandakan menjadi ‘tiap-tiap’ atau ‘setiap’. Contoh ayat ialah:
                                i.            Harga setiap buah kereta adalah sama. (salah)
                              ii.            Harga setiap kereta adalah sama. (betul)
Manakala, berbagai bukan kata bilangan. Berbagai-bagai bermaksud tiada bandingan. Bentuk yang betul ialah ‘berbagai-bagai-bagai’ atau ‘pelbagai’. Contoh ayat ialah :
                                i.            Berbagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat itu. (salah)
                              ii.            Berbagai-bagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat itu. (betul)
                            iii.            Pelbagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat itu. (betul)
Kata bilangan yang menunjukkan maksud jamak ialah para dan sekalian tidak boleh digunakan secara serentak. Contoh ayat ialah :
                                i.            Para hadirin sekalian. (salah)
                              ii.            Hadirin sekalian. (betul)

No comments:

Post a Comment