Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada hari Isnin dan Selasa iaitu 15 hingga 16
Oktober yang lepas, saya ada menghadiri satu persidangan iaitu Persidangan
Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu dan Pelancaran Bulan Bahasa Melayu
Peringkat Negeri Perak 2012 yang di adakan di Dewan SITC dan Dewan Konvensyen
di Bangunan E- Learning. Terdapat ramai pembentang yang terdiri dari ahli kaji bahasa telah membentangkan
kertas kerja mereka.
Pada
majlis penutupan persidangan tersebut yang telah di adakan di Dewan SITC,
nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa telah di nyanyikan bersempena dengan lagu tema
Bulan Bahasa Kebangsaan. Pada pendapat saya, lagu ini sememangnya perlu di
nyanyikan kerana salah satunya lagu tersebut merupakan lagu tema Bulan Bahasa
Kebangsaan iaitu pada bulan Oktober pada setiap tahun. Di samping itu juga,
lirik lagu tersebut juga mengandungi seni kata yang dapat mencerminkan
kepentingan bahasa kita sendiri. Malahan, lirik lagu tersebut juga ada
mengatakan tentang bahasa Melayu yang akan menjadi nadi utama kepada
pembangunan negara kita seperti negara Jepun yang menggunakan bahasa mereka
sendiri dan mereka amat mengagumi bahasa mereka. Harapan saya, negara kita juga
akan menjadi seperti negara Jepun yang amat menghormati bahasa ibunda mereka.