Assalamualaikum w.b.t
Pada petang Khamis yang lepas, saya telah menghadiri
kelas Kajian Manuskrip Melayu di DKE. Kelas saya bermula pada pukul 6 hingga 7
petang. Selepas kelas tersebut, saya bersama dengan 3 orang lagi kawan saya
bersepakat untuk singgah di sebuah kedai makan yang berhampiran rumah kami
untuk membeli makan malam. Ketika kami sedang memilih untuk memesan makanan
tersebut, kami ada terdapat beberapa kesalahan ejaan yang terdapat dalam menu
tersebut.
Kesalahan
tersebut walaupun sedikit tapi boleh menimbulkan salah faham dan mencacatkan
bahasa kita. Saya berpendapat seharusnya pengusaha kedai makan tersebut
haruslah berhati-hati semasa menulis menu tersebut kerana menu tersebut akan di
lihat oleh pelanggan-pelanggan yang akan datang ke kedai mereka. Di samping
itu, kesalahan ejaan tersebut juga akan merosakkan penggunaan bahasa dalam
kalangan kita apabila membaca menu tersebut.
Selain itu,
kesalahan ejaan ini berlaku mungkin di sebabkan oleh pengusaha kedai makan
tersebut berasal dari negara jiran kerana saya dapat dengar dari percakapannya
bahawa bahasa yang di gunakan semasa
bercakap agak berbeza sedikit dengan kita. Walau bagaimanapun, pengusaha
tersebut seharusnya sentiasa berhati-hati semasa menggunakan bahasa kita untuk
di tulis di dalam menu tersebut.
No comments:
Post a Comment