Thursday, 18 October 2012

KATA TANYA


Assalamualaikum w.b.t
Pada hari Sabtu yang lepas, saya bersama dengan kawan-kawan saya telah ke pasar malam di pekan Tanjung Malim. Kami ke sana untuk membeli barang-barang keperluan dan makanan. Di situ, dapat dilihat terdapat pelbagai gelagat manusia. Tiba di gerai yang menjual sayur-sayuran kami tekah berhenti di gerai tersebut kerana kawan saya ingin membeli sayuran di situ. Kawan saya ada bertanyakan kepada peniaga gerai tersebut tentang harga sayur yang ingin di belinya. Malahan, dapat kedengaran juga beberapa perbualan di antara pelanggan dengan penjual sayuran di situ tentang harga sayuran yang ingin di beli oleh mereka. Antara perbualan yang biasa kita dengar semasa berada di gerai sayuran ialah :

1.      Berapa harga sayur ini?
2.      Bolehkah kalau saya ingin membeli lada ini sedikit sahaja?
3.      Sekilo kubis bunga ini berharga berapa?

Berkenaan dengan perbualan yang dinyatakan di atas ialah, dapat kita lihat tentang penggunaan kata yang melibatkan kata tanya. Kata tanya sebenarnya tergolong dalam kata tugas iaitu golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu kata yang boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata tugas juga boleh di jeniskan kepada beberapa antaranya ialah kata hubung, kata seru, kata tanya, kata perintah dan kata penguat.

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah di sertai partikal-kah. 

No comments:

Post a Comment