Thursday, 18 October 2012

BAHASA JIWA BANGSA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Pada hari Isnin dan Selasa iaitu 15 hingga 16 Oktober yang lepas, saya ada menghadiri satu persidangan iaitu Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu dan Pelancaran Bulan Bahasa Melayu Peringkat Negeri Perak 2012 yang di adakan di Dewan SITC dan Dewan Konvensyen di Bangunan E- Learning. Terdapat ramai pembentang yang terdiri dari ahli kaji bahasa telah membentangkan kertas kerja mereka.

            Pada majlis penutupan persidangan tersebut yang telah di adakan di Dewan SITC, nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa telah di nyanyikan bersempena dengan lagu tema Bulan Bahasa Kebangsaan. Pada pendapat saya, lagu ini sememangnya perlu di nyanyikan kerana salah satunya lagu tersebut merupakan lagu tema Bulan Bahasa Kebangsaan iaitu pada bulan Oktober pada setiap tahun. Di samping itu juga, lirik lagu tersebut juga mengandungi seni kata yang dapat mencerminkan kepentingan bahasa kita sendiri. Malahan, lirik lagu tersebut juga ada mengatakan tentang bahasa Melayu yang akan menjadi nadi utama kepada pembangunan negara kita seperti negara Jepun yang menggunakan bahasa mereka sendiri dan mereka amat mengagumi bahasa mereka. Harapan saya, negara kita juga akan menjadi seperti negara Jepun yang amat menghormati bahasa ibunda mereka.

No comments:

Post a Comment