Assalamualaikum w.b.t
Hai kawan-kawan blog saya semua. Pada kali
ini saya ingin menjelaskan tentang penggunaan kata bilangan di dalam entri blog
saya ini. Tapi, sebelum itu saya akan menjelaskan dahulu serba-sedikit tentang
kata bilangan. Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan
jumlah sesuatu. Kata bilangan boleh digunakan di hadapan frasa nama. Terdapat beberapa jenis kata
bilangan, iaitu:
JENIS
|
CONTOH
|
1. Kata bilangan tentu
|
Dua, dua puluh, satu ribu, satu juta dan sebagainya.
|
2. Kata bilangan tak tentu
|
Segala, semua, sedikit, seluruh, beberapa dan
sebagainya.
|
3. Kata bilangan pisahan.
|
Suku, separuh, setengah, sepertiga dan sebagainya.
|
4. Kata bilangan himpunan.
|
Beratus-ratus, berhari-hari, berminggu-minggu dan
sebagainya.
|
5. Kata bilangan tingkat.
|
Pertama, ketiga, kesepuluh dan sebagainya.
|
Kata
bilangan tentu dan kata bilangan himpunan mesti digunakan mengikut penjodoh
bilangan. Contoh ayat ialah :
i.
Dia memiliki dua kereta (salah)
ii.
Dia memiliki dua buah kereta. (betul)
Kata
bilangan tak tentu juga boleh digunakan tanpa diikuti dengan penjodoh bilangan
(kecuali kata beberapa). Contoh ayat ialah:
i.
Semua orang penduduk. (salah)
ii.
Semua penduduk. (betul)
iii.
Beberapa penduduk. (salah)
iv.
Beberapa orang penduduk. (betul)
Penggunaan
kata nama selepas kata bilangan tak tentu yang membawa maksud jamak tidak perlu
digandakan. Contoh ayat ialah:
i.
Segal persiapan-persiapan. (salah)
ii.
Segala persiapan. (betul)
Penggunaan
kata bilangan pisahan ‘setiap’ tidak perlu diikuti penjodoh bilangan.
Sebaliknya, penggunaan ‘tiap’ hendaklah digandakan menjadi ‘tiap-tiap’ atau
‘setiap’. Contoh ayat ialah:
i.
Harga setiap buah kereta adalah sama.
(salah)
ii.
Harga setiap kereta adalah sama. (betul)
Manakala, berbagai
bukan kata bilangan. Berbagai-bagai bermaksud tiada bandingan. Bentuk yang
betul ialah ‘berbagai-bagai-bagai’ atau ‘pelbagai’. Contoh ayat ialah :
i.
Berbagai perkara dibincangkan dalam
mesyuarat itu. (salah)
ii.
Berbagai-bagai perkara dibincangkan dalam
mesyuarat itu. (betul)
iii.
Pelbagai perkara dibincangkan dalam
mesyuarat itu. (betul)
Kata bilangan
yang menunjukkan maksud jamak ialah para dan sekalian tidak boleh digunakan
secara serentak. Contoh ayat ialah :
i.
Para hadirin sekalian. (salah)
ii.
Hadirin sekalian. (betul)