Assalamualaikum w.b.t
Hai kawan-kawan blog saya semua. Sebenarnya
saya tidak tahu untuk menulis apa dalam entri blog saya pada minggu ini. Tapi,
walau bagaimanapun, saya agak tertarik untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua
tentang dikir barat. Tentu sekali kawan-kawan tahu apa itu dikir barat kan?
Sebenarnya dikir barat ialah merupakan satu persembahan yang popular di negeri
sebelah Pantai Timur iaitu di negeri Kelantan yang di sampaikan secara
berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang tukang karut dan
tok juara. Tukang karut dan tok juara akan mendahului nyanyian sambil
berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan
suara yang kuat dan lantang.
Sebenarnya
saya bersama dengan kawan saya sedang melakukan kajian lapangan terhadap penggunaan
kata nasihat dalam dikir barat. Dengan itu, saya ingin berkongsi sedikit dengan
anda semua tentang kata nasihat yang terdapat dalam dikir barat tersebut.
Contohnya dalam lagu dikir barat ‘Pesan Ibu’ yang dinyanyikan oleh Halim Yazid
banyak mengandungi kata-kata nasihat dalam lagu tersebut.
Dalam
lagu dikir barat ‘Pesan Ibu” juga terdapat kata-kata nasihat yang diberikan
oleh ibu kepada anak-anaknya tentang kehidupan kita untuk berbudi kepada Tuhan
mahupun orang sekeliling kita. Dalam dikir barat ini juga banyak mengandungi
pengajaran yang boleh kita jadikannya sebagai pembimbing untuk kita sebagai
manusia.
Di
samping itu, kata-kata yang terdapat dalam lirik lagu dikir barat itu juga
terdapat juga kata-kata sindiran seperti sindiran halus untuk menegur mereka
secara halus dan berhemah agar mereka memperbaiki diri mereka sendiri. Walau
bagaimanapun, lagu-lagu dikir barat ini boleh dikatakan kesemuanya dalam dialek
Kelantan. Oleh itu agar menyukarkan sedikit kepada mereka yang bukan berasal
dari Kelantan untuk memahami lagu tersebut. Namun, ramai golongan daripada
mereka yang bukan berasal dari Kelantan menggemari lagu dikir ini kerana ia
amat menghiburkan.
nice
ReplyDeletenak lirik
ReplyDelete