Saturday, 13 October 2012

PERCAMPURAN KOD



Jika kawan-kawan melihat iklan di atas, apa yang kawan-kawan nampak? Apa yang saya nampak ialah di dalam iklan tersebut ada menggunakan percampuran kod. Percampuran kod ialah bahasa yang digunakan untuk ditulis atau diucapkan  yang bercampur aduk di antara bahasa melayu standard dengan dialek-dialek negeri-negeri lain. Contohnya seperti gambar diatas. Dalam gambar tersebut ada dinyatakan ayat tentang “masa btolak ke Kelate = 8.30 mlm”. Dengan itu, jelas dapat di lihat penggunaan bahasa percampuran kod iaitu Kelate. Sedangkan ayat yang digunakan sebelum itu ialah bahasa Melayu standard.

Sebenarnya iklan tentang perkara ini saya terbaca ketika sedang saya sedang menunggu untuk masuk ke kelas pada minggu lepas. Pada mulanya saya tidak perasan akan kesalahan iklan tersebut, akan tetapi setelah membaca untuk kali ke dua baharulah saya perasan. Percampuran kod ini sering berlaku terutamanya dalam penulisan iklan mahupun percakapan seharian kita kerana kita sering tersasul ketika menyebutnya di sebabkan kebiasaannya kita menggunakan dialek negeri sendiri. Selain itu, ia juga mungkin untuk menarik perhatian orang lain agak membaca iklan tersebut.

Oleh itu, untuk menggunakan bahasa percampuran kod ini ada baik dan buruknya. Hal ini demikian kerana, kadang kala mereka yang membacanya tidak akan memahami di sebabkan tidak memahami dialek negeri tersebut. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kebiasaan kepada mereka jika sering menulis dengan menggunakan ayat-ayat yang mengikut dialek negeri masing-masing.  

PENGGUNAAN PANGGILAN KEHORMAT


Assamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Ketika saya menghadiri kuliah pada pagi tadi, saya ada mempelajari tentang penggunaan kata sapaan untuk rujukan hormat. Kemudian, pada malamnya pula ketika saya sedang menunggu kawan saya di hentian bas untuk pulang bersama-sama setelah menghadiri latihan drama di bangunan E-Learning. Di situ saya ada melihat tentang tentatif program yang akan diadakan di sebuah kolej. Dalam tentatif tersebut ada dinyatakan tentang nama jemputan yang di jemput dan ditulis nama tersebut ialah YBerusaha Dr. Naveen Nair.

Setahu saya, jika panggilan Doktor seharusnya tidak sesuai digunakan Yang Berusaha. Panggilan kehormat yang perlu digunakan untuk panggilan Dr. ialah Yang Berbahagia. Panggilan kehormat Yang Berusaha sepatutnya diberikan kepada pegawai yang tidak bergelar, contohnya seperti Guru Besar, guru, Pengarah Program dan sebagainya. Manakala, untuk panggilan kehormat Yang Berbahagia pula ialah patut diberikan kepada mereka yang bergelar anugerah seperti Tan Sri, Datuk, Profesor, Doktor dan lain-lain lagi.

Oleh itu, pihak menganjur program tersebut seharusnya lebih teliti dalam menggunakan panggilan terhormat ini kerana di sebabkan sedikit kesilapan ia boleh mengundang salah faham kepada tetamu yang di jemput. Malahan, mungkin akan menyebabkan tetamu tersebut tidak mahu lagi memenuhi undangan tersebut di lain masa.

BERTAKAFUR ATAU BERTAFAKUR


Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Hai kawan-kawan blog saya semua. Hari ini saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua tentang maksud bertafakur dan maksud bertakafur. Mungkin apabila kita membaca sekali imbas sahaja ia agak sama, dan kita tidak menyedari tentang kesalahan perkataan tersebut. Perkara ini sering terjadi kepada saya apabila saya tersasul menyebut perkataan tersebut sama ada ketika berbual dengan kawan-kawan saya mahupun ketika menulis sesuatu bahan untuk penulisan.
Setelah saya mencari maksud tersebut di Kamus Dewan, maksud bertafakur ialah bersendirian atau merenung untuk memikirkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Manakala, bertakafur pula ialah tiada maksud yang dapat saya temui. Dengan itu, dapat saya nyatakan di sini ialah kita seharusnya berhati-hati semasa menulis sesuatu bahan untuk penulisan agar tidak timbul masalah yang sebegini. Selain daripada itu juga, ia juga dapat mengelakkan daripada terjadinya penggunaan kesalahan tersebut dalam penulisan kerana ia tidak dapat memberikan maksud yang sebenar tentang penulisan kita nanti. 

DARI DAN DARIPADA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hai kawan-kawan blog saya semua. Anda sihat? Hari ini saya ingin menjelaskan tentang penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam entri blog saya ini. Tahukah kawan-kawan ‘dari’ dan ‘daripada’ boleh digunakan untuk apa atau dalam situasi yang bagaimana? Dengan itu, saya ingin jelaskan di sini ialah ‘dari’ merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Manakala, kata sendi nama ‘daripada’ pula ialah yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarab, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan.

Semasa saya sedang menunggu bas bersama dengan kawan saya, saya ada terpandang satu iklan yang dilekatkan di papan kenyataan di hentian bas tersebut. Iklan tersebut bertajuk ‘Bicara Wanita: Dari wanita untuk wanita’. Dengan itu, dengan jelas kita dapat melihat kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘dari’. Kata sendi nama ‘dari’ tidak sesuai digunakan di situ kerana ‘wanita’ bukanlah tempat, arah atau waktu. Oleh itu, perkataan ‘daripada’ lebih sesuai di gantikan kerana ‘wanita’ merupakan manusia.
Dengan itu, di harapkan kepada mereka yang bertanggungjawab untuk menghasilkan iklan tersebut agar meneliti terlebih dahulu kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam iklan tersebut. Hal ini demikian kerana, walaupun sedikit kesalahan yang dilakukan, tetapi ia boleh menjejaskan bahasa kita.

SAMA TAPI TAK SERUPA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
 Dalam entri blog saya pada kali ini, saya ingin menjelaskan tentang perkataan yang menpunyai ejaan yang sama tetapi mempunyai maksud yang ketara bezanya. Kebiasaannya, perkataan ini sering ada dan berlaku disebabkan oleh penggunaan dialek mengikut negeri masing-masing. Hal ini demikian kerana, perkara ini sering terjadi kepada diri saya semasa berbual-bual dengan kawan-kaan saya yang berlainan negeri dan mereka mempunyai dialek negeri mereka masing-masing.

Perkataan yang sering kali saya dengar ialah perkataan ‘belah’. Bagi orang yang tinggal di sebelah utara seperti Kedah, Perak dan Perlis dan mereka menggunakan dialek utara ‘belah’ bagi mereka ialah bermaksud kemalangan. Manakala, umum seperti yang kita semua tahu, dalam bahasa Melayu standard ‘belah’ merupakan perbuatan yang dilakukan oleh manusia seperti membelah buah, membelah kayu dan sebagainya.
Selain itu, bagi masyarakat yang tinggal di sebelah Pantai Timur, mereka menggunakan perkataan ‘kerabat’ yang menunjukkan tentang perbuatan seseorang. Perbuatan tersebut ialah tentang suatu perbuatan atau sikap yang dilakukan oleh seseorang untuk naik ke atas belakang seseorang yang lain. Manakala, maksud kerabat dalam bahasa Melayu standard pula bermaksud keturunan. Contoh lain ialah:
1)      Saing – kawan (dialek Kelantan)
Saing – berlawan (bahasa Melayu)
2)      Perang – warna
Perang – pertempuran

Oleh itu, dapat saya kongsikan di sini ialah terdapat perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza khususnya di dalam dialek negeri-negeri tertentu. Malahan, jika ia di kaji dan di teliti ia agak unik untuk di ketahui di samping ia juga boleh mengelakkan salah faham tentang maksud sebenar perkataan tersebut di sebabkan dialek-dialek yang di gunakan.