Saturday, 13 October 2012

BERTAKAFUR ATAU BERTAFAKUR


Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Hai kawan-kawan blog saya semua. Hari ini saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua tentang maksud bertafakur dan maksud bertakafur. Mungkin apabila kita membaca sekali imbas sahaja ia agak sama, dan kita tidak menyedari tentang kesalahan perkataan tersebut. Perkara ini sering terjadi kepada saya apabila saya tersasul menyebut perkataan tersebut sama ada ketika berbual dengan kawan-kawan saya mahupun ketika menulis sesuatu bahan untuk penulisan.
Setelah saya mencari maksud tersebut di Kamus Dewan, maksud bertafakur ialah bersendirian atau merenung untuk memikirkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Manakala, bertakafur pula ialah tiada maksud yang dapat saya temui. Dengan itu, dapat saya nyatakan di sini ialah kita seharusnya berhati-hati semasa menulis sesuatu bahan untuk penulisan agar tidak timbul masalah yang sebegini. Selain daripada itu juga, ia juga dapat mengelakkan daripada terjadinya penggunaan kesalahan tersebut dalam penulisan kerana ia tidak dapat memberikan maksud yang sebenar tentang penulisan kita nanti. 

No comments:

Post a Comment