Assamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Ketika saya menghadiri kuliah pada pagi
tadi, saya ada mempelajari tentang penggunaan kata sapaan untuk rujukan hormat.
Kemudian, pada malamnya pula ketika saya sedang menunggu kawan saya di hentian
bas untuk pulang bersama-sama setelah menghadiri latihan drama di bangunan
E-Learning. Di situ saya ada melihat tentang tentatif program yang akan
diadakan di sebuah kolej. Dalam tentatif tersebut ada dinyatakan tentang nama
jemputan yang di jemput dan ditulis nama tersebut ialah YBerusaha Dr. Naveen
Nair.
Setahu saya, jika panggilan Doktor
seharusnya tidak sesuai digunakan Yang Berusaha. Panggilan kehormat yang perlu
digunakan untuk panggilan Dr. ialah Yang Berbahagia. Panggilan kehormat Yang
Berusaha sepatutnya diberikan kepada pegawai yang tidak bergelar, contohnya
seperti Guru Besar, guru, Pengarah Program dan sebagainya. Manakala, untuk
panggilan kehormat Yang Berbahagia pula ialah patut diberikan kepada mereka
yang bergelar anugerah seperti Tan Sri, Datuk, Profesor, Doktor dan lain-lain
lagi.
Oleh itu, pihak menganjur program tersebut
seharusnya lebih teliti dalam menggunakan panggilan terhormat ini kerana di
sebabkan sedikit kesilapan ia boleh mengundang salah faham kepada tetamu yang
di jemput. Malahan, mungkin akan menyebabkan tetamu tersebut tidak mahu lagi
memenuhi undangan tersebut di lain masa.
terima kasih atas catatan ini :)
ReplyDeleteuntuk Dr.. yang berusaha kecuali dia ada Prof
ReplyDelete