Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Dalam entri blog saya pada kali ini, saya ingin menjelaskan tentang perkataan yang menpunyai ejaan yang sama tetapi mempunyai maksud yang ketara bezanya. Kebiasaannya, perkataan ini sering ada dan berlaku disebabkan oleh penggunaan dialek mengikut negeri masing-masing. Hal ini demikian kerana, perkara ini sering terjadi kepada diri saya semasa berbual-bual dengan kawan-kaan saya yang berlainan negeri dan mereka mempunyai dialek negeri mereka masing-masing.

Perkataan yang sering kali saya dengar
ialah perkataan ‘belah’. Bagi orang yang tinggal di sebelah utara seperti
Kedah, Perak dan Perlis dan mereka menggunakan dialek utara ‘belah’ bagi mereka
ialah bermaksud kemalangan. Manakala, umum seperti yang kita semua tahu, dalam
bahasa Melayu standard ‘belah’ merupakan perbuatan yang dilakukan oleh manusia
seperti membelah buah, membelah kayu dan sebagainya.
Selain itu, bagi masyarakat yang tinggal di
sebelah Pantai Timur, mereka menggunakan perkataan ‘kerabat’ yang menunjukkan
tentang perbuatan seseorang. Perbuatan tersebut ialah tentang suatu perbuatan
atau sikap yang dilakukan oleh seseorang untuk naik ke atas belakang seseorang
yang lain. Manakala, maksud kerabat dalam bahasa Melayu standard pula bermaksud
keturunan. Contoh lain ialah:
1) Saing – kawan (dialek Kelantan)
Saing – berlawan (bahasa Melayu)
2) Perang – warna
Perang – pertempuran
Oleh itu, dapat saya kongsikan di sini
ialah terdapat perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi mempunyai maksud
yang berbeza khususnya di dalam dialek negeri-negeri tertentu. Malahan, jika ia
di kaji dan di teliti ia agak unik untuk di ketahui di samping ia juga boleh
mengelakkan salah faham tentang maksud sebenar perkataan tersebut di sebabkan
dialek-dialek yang di gunakan.
No comments:
Post a Comment