Bila saya terbaca sahaja pernyataan di atas, memang betul apa yang
dinyatakan. Otak kita memang boleh membaca pernyataan tersebut walaupun
pernyataan tersebut di tulis dengan ejaan yang berteraburan. Malahan, bagi saya
walaupun sekali imbas kita melihat ayat-ayat yang ditulis, secara terus kita
dapat membacanya. Selain dapat menguji kepantasan otak kita untuk membaca ia
juga membolehkan kita menajamkan minda untuk membaca pernyataan tersebut.
Walau bagaimanapun, pernyataan tersebut juga boleh memberi kesan kepada
masyarakat kita terutamanya kepada golongan remaja kerana mereka dengan mudah
akan terpengaruh dengan ejaan tersebut untuk digunakan dalam penulisan seperti
di facebook atau mesej sehariannya. Selain itu, ia juga boleh merosakkan bahasa
Melayu kerana tidak menggunakan sistem ejaan yang betul.
Oleh itu, sebagai seorang yang mementingkan penggunaan laras bahasa
yang betul, sistem ejaan sebegitu tidak seharusnya digunakan kerana sedikit
sebanyak ia boleh mencemarkan nama baik bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment