Sunday, 30 September 2012

BAHASA KITA...


Assalamualaikum dan salam perpaduan
Saya ada satu cerita yang ingin saya kongsikan dengan anda semua pada kali ini. Semasa saya keluar bersama-sama dengan kawan-kawan saya untuk ke pekan dengan menaiki bas, saya ada terdengar perbualan daripada sekumpulan pelajar yang bercakap dengan menggunakan dialek masing-masing. Walaupun kedengaran agak sukar untuk di fahami, namun ia sesuatu yang menarik untuk di kongsikan dengan anda semua.

Perkara yang ingin saya kongsikan ialah tentang penggunaan bahasa dialek yang digunakan dalam percakapan harian dan ia di anggap unik kerana setiap negeri mempunyai dialek masing-masing. Antaranya ialah dialek Perak, dialek Kedah, dialek Perlis, dialek Kelantan, dialek Terengganu dan lain-lain lagi. Saya juga mempunyai ramai kawan yang berasal dari negeri Perak, Kedah dan Perlis.  Dengan itu, saya juga dapat mempelajari dialek dan dapat memahami perbualan mereka jika mereka berbual menggunakan dialek masing-masing.

Di samping itu, penggunaan dialek ini walaupun dianggap unik dan menarik ia juga memberi kesan yang kurang baik kepada golongan pelajar terutamanya pelajar IPTA dan IPTS kerana mereka belajar di lain negeri contohnya seperti di UPSI, Perak. Hal ini demikian kerana, jika mereka sudah terbiasa menggunakan dialek mereka, akan menjadi masalah ketika sesi perbentangan berlaku kerana mereka akan menggunakan dialek mereka. Malahan, ramai rakan-rakan saya yang sering tersasul menggunakan dialek mereka semasa perbentangan berlaku. Perkara ini akan memberi kesan kepada pelajar lain kerana mereka tidak dapat memahami sesetengah perkara yang diperkatakan dan akan menimbulkan salah faham terdapat perkara tersebut.

Contoh dialek Terengganu:
-          “Di sini saya tekangkang bahawa membaca jambatan ilmu” yang bermaksud di sini saya tekankan bahawa membaca jambtan ilmu.
Contoh dialek Perak:
-          “Apabila kita membaca surat khabaq” yang bermaksud apabila kita membaca surat khabar.

Selain itu juga, ia mungkin juga akan memberi kesan kepada diri kita sendiri di masa yang akan datang. Hal ini kerana, bagi saya sebagai seorang bakal guru atau mereka yang akan berkerja dalam bidang yang berkaitan dengan masyarakat perlu menggunakan bahasa yang standard. Perkara ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kecelaruan bahasa di samping dapat mengelakkan terjadinya salah faham tentang maksud yang ingin di sampaikan oleh mereka dengan menggunakan dialek masing-masing.

Oleh itu, saya berharap dengan penulisan entri blog ini, mereka yang sering menggunakan dialek mereka dapat mengubahnya semasa berlakunya majlis formal atau aktiviti formal yang memerlukan kita untuk bercakap menggunakan bahasa melayu standard.  

No comments:

Post a Comment