Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hai kawan-kawan blog saya semua. Anda
sihat? Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua di dalam entri blog saya
mengenai peraturan hukum D-M. Kawan-kawan tahu tak apa itu hukum D-M? Hukum D-M
ialah (D) iaitu diterangkan dan (M) iaitu menerangkan. Dalam peraturan hukum
D-M ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada
kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir
pada kedudukan yang kedua. Contoh :-
1) Ahmad Said menjamu tetamunya dengan pisang
goreng yang masih panas.
2) Kami menaiki bas mini yang berhawa
dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.
3) Emak membeli sos cili di Pasar raya
Salamku semalam.
Malahan, saya juga sering terdengar orang mengatakan ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya yang sebetulnya ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kepada kata kerja dan merupakan penerang bagi perkataan pisang dalam frasa tersebut. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan daripada masyarakat kita memahami dan sesetengahnya menganggapnya betul dan ia telah diterima masyarakat sedangkan dari sudut tatabahasa adalah salah.
No comments:
Post a Comment