Sunday, 30 September 2012

BAHASA TELEFON BIMBIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah kerana Allah S.W.T masih lagi memberi nafas untuk saya menghirup udaranya dan syukur kerana akhirnya saya dapat menyiapkan juga blog saya ini. Di dalam entri blog  saya ini saya akan menyiapkan tugasan untuk kursus Sosiolinguistik Bahasa Melayu saya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa. Di sini saya akan mencoretkan sedikit sebanyak tentang penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian kita.
Saya ingin menimbulkan tentang penggunaan isu bahasa yang sering kita gunakan dalam kehidupan kita seharian. Perkara yang paling mudah untuk kita kesan ialah tentang penggunaan ayat ringkasan yang sering digunakan dalam penulisan khidmat pesanan ringkas (SMS). Saya akan mengenengahkan isu bahasa yang berkaitan dengan bahasa SMS atau menggunakan tulisan atau ayat yang ringkas untuk menghantar  mesej kepada orang lain.
Sebenarnya penggunaan ayat ringkasan amat sinonim untuk pengguna telefon bimbit sama ada untuk membalas atau menghantar mesej kerana ianya amat senang dan pantas untuk digunakan. Biasanya golongan yang banyak menggunakan ayat ringkasan ini adalah golongan remaja kerana mereka menginginkan perkara yang dilakukan cepat dan pantas. Malahan, saya sendiri juga kadang-kadang ada menggunakan ayat ringkasan ini kerana ia mudah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menaip. Contoh bahasa SMS yang selalu digunakan ialah:
i.                     “jom kuar g mkn kul 8 kang” yang bermaksud jom keluar pergi makan pukul 8 sekejap lagi.
ii.                  “dy wt aq kit ati n blah cm 2 je” yang bermaksud dia buat aku sakit hati dan tinggalkan aku macam tu sahaja.
iii.                “cte pu3 slju 2 best an?” yang bermaksud cerita Puteri Salju tu seronok kan?
Ada ketikanya, bahasa SMS yang kita gunakan adalah untuk memudahkan dan meringkaskan ayat. Akan tetapi kita juga perlu menitikberatkan juga tentang aspek penggunaan ayat ringkasan tersebut kerana ia boleh memberi kesan kepada kita terutamanya kepada pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana, mereka yang selalu menggunakan bahasa ringkasan ini akan terpengaruh dalam penulisan contohnya karangan. Malahan, saya juga sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu tidak mahu perkara sebegini berlaku kepada bakal pelajar saya kelak kerana ia akan menjejaskan prestasi dalam penulisan mereka.
Oleh itu, di harap penulisan saya tentang penggunaan bahasa SMS ini dapat dijadikan iktibar dan dapat dikurangkan penggunaannya dalam menulis mesej kepada orang lain. Justeru, bersama-samalah kita memartabatkan bahasa kita supaya ianya ‘tak hapus dek hujan, tak lekang dek zaman’.

No comments:

Post a Comment