Sunday, 30 September 2012

BUDI BAHASA BUDAYA KITA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Dalam entri blog saya pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang suatu iklan yang pernah di tayangkan di kaca televisyen tentang budi bahasa budaya kita. Semasa saya berfikir untuk menyiapkan tugasan ini, tiba- tiba saya teringatkan tentang iklan tersebut yang mengisahkan tentang perbualan di antara seorang wanita tua dengan pelajar sekolah di perhentian bas. Iklan tersebut juga ada menunjukkan tentang seorang wanita tua yang bertanyakan tentang anaknya kepada sekumpulan pelajar lelaki. Namun begitu, pelajar tersebut menjawab dengan bahasa yang agak kasar. Namun, pada akhirnya pelajar lelaki terbabit ingin membantu wanita tua tersebut kerana wanita tersebut adalah nenek kepada salah seorang pelajar yang dia minati.

Iklan tersebut dapat memberikan kita pengajaran tentang sikap pelajar lelaki tersebut yang tidak menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Malahan, bahasa yang digunakan oleh pelajar lelaki tersebut juga amat tidak sesuai digunakan jika mahu bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita. Selain itu, iklan tersebut akan memberi impak yang positif kepada penonton kerana akhirnya pelajar lelaki tersebut menyesal di atas perbuatannya melayan wanita tua tersebut dengan kasar.

Kesimpulannya, janganlah kita berbudi bahasa dengan seseorang jika mempunyai kepentingan sahaja. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan budi bahasa walau di mana jua kita berada, kerana budi bahasa itu budaya kita.

Sekian, renung-renungkan dan selamat mengamalkan nilai-nilai murni.

No comments:

Post a Comment