Assalamualaikum w.b.t
Ketika tengah berfikir-fikir mencari idea baru untuk menyiapkan tugasan Sosiolinguistik dalam entri blog saya ini. Tiba-tiba saya teringatkan tentang pertelingkahan kecil yang berlaku di kafeteria kolej saya. Pertelingkahan itu berlaku di antara dua orang pelajar . seorang berasal dari negeri di sebelah Pantai Timur (pelajar A) dan seorang lagi berasal dari negeri sebelah Utara (pelajar B). Pertelingkahan tersebut dapat saya dengar dengan jelas kerana ia berlaku di sebelah meja makan saya.

Situasi yang berlaku pada masa tersebut
ialah:
Pelajar A : Alamak, baju aku kena air kotok
la.
Pelajar B : Mana baju ko yang kena ayaq
kotoq tu?
Pelajar A : Bukan air kotoq la, ni baju aku
kena air kotak.
Pelajar B : Ooo… kena air kotak,ingatkan
kena ayaq kotoq.
Sebenarnya pertelingkahan tersebut berlaku
kerana salah faham di antara mereka berdua tentang makna perkataan tersebut.
Hal ini demikian kerana, perkataan tersebut berbunyi agak sama tetapi maknanya
yang berbeza disebabkan oleh penggunaan dialek negeri masing-masing.
No comments:
Post a Comment