Saturday, 6 October 2012

KATA MAJMUK MANTAP


Assalamualaikum w.b.t
Perjalanan saya untuk pulang ke kampung halaman mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang tujuh jam. Seperti kebiasaannya, saya pulang dengan menaiki bas. Disebabkan tempoh yang lama berada di dalam bas membuatkan saya bosan dan untuk menghilangkan perasaan bosan tersebut saya mengambil peluang untuk melihat-lihat pemandangan di sekeliling. Di sepanjang jalan terdapat banyak papan-papan iklan, petunjuk arah dan sebagainya yang diletakkan di sepanjang jalan.

Di sepanjang jalan tersebut, terdapat banyak perkataan yang ditulis di situ. Antaranya ialah lebuh raya, bumiputera, kakitangan, awas jalan sedang dibaiki dan banyak lagi. Namun begitu, saya melihat terdapat kesilapan dalam penggunaan kata majmuk. Kata majmuk seperti lebuh raya ialah ejaannya patut dijarakkan. Namun, apa yang saya lihat ejaan untuk perkataan lebuh raya tersebut di eja bersambung.

                                               kesalahan penggunaan kata majmuk 'lebuh raya'
Menurut buku tatabahasa dewan, hanya terdapat 15 kata majmuk yang telah mantap sahaja. Kata majmuk yang telah mantap tersebut ialah :
1)      Antarabangsa.
2)      Beritahu.
3)      Bumiputera.
4)      Jawatankuasa.
5)      Kakitangan.
6)      Kerjasama.
7)      Olahraga.
8)      Matahari.
9)      Setiausaha.
10)  Sukarela.
11)  Suruhanjaya.
12)  Tandatangan.
13)  Warganegara.
14)  Tanggungjawab.
15)  Pesuruhjaya.

Oleh itu, kita haruslah sentiasa berhati-hati terutamanya pihak yang bertanggungjawab agar mereka dapat mengelakkan daripada berlakunya kesalahan dalam ejaan perkataan atau ayat di papan-papan iklan mahupun papan penunjuk arah.

No comments:

Post a Comment