Saturday, 6 October 2012

FACEBOOK OH FACEBOOK!


Petang ini saya telah di tinggalkan seorang di rumah. Semua kawan-kawan saya keluar untuk menghadiri satu majlis di rumah pensyarah saya. Saya tidak mengikutnya kerana saya berasa amat penat kerana telah menghadiri kelas kokurikulum pada hari ini. Tambahan pula, saya perlu menyiapkan tugasan yang perlu di hantar dengan agak segera. Setelah bosan dan kekeringan idea untuk membuat tugasan tersebut. Saya telah membuka dan melayari laman sesawang facebook. Tujuan saya membuka laman sesawang tersebut hanyalah untuk melihat dan membaca status yang di hantarkan oleh kawan-kawan facebook saya.

Kemudian, saya ternampak satu status yang dihantar oleh seorang remaja perempuan yang berumur dalam belasan tahun. Pada mula saya membaca status tersebut, saya kurang jelas dengan pernyataannya dan terpaksa membacanya satu persatu kerana dia menggunakan ejaan yang ringkas dan menyukarkan kepada sesiapa untuk membaca. Status yang dihantar oleh remaja perempuan tersebut ialah :
Oleh itu, dapat saya nyatakan di sini ialah kemungkinan remaja perempuan tersebut menggunakan ayat tersebut untuk menarik perhatian orang agar membaca status yang di hantar atau dia memang sengaja menulis sebegitu untuk ‘mengunikkan’ penggunaan bahasanya. Walaupun, pernyataan yang ditulis tersebut boleh di baca, namun ia telah merosakkan bahasa kita sendiri.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan kepada remaja tersebut sebagai seorang pelajar kerana ia akan mempengaruhi diri remaja tersebut dalam penulisannya kerana sudah terbiasa menggunakan perkataan-perkataan tersebut.


No comments:

Post a Comment