Saturday, 13 October 2012

DARI DAN DARIPADA


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hai kawan-kawan blog saya semua. Anda sihat? Hari ini saya ingin menjelaskan tentang penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam entri blog saya ini. Tahukah kawan-kawan ‘dari’ dan ‘daripada’ boleh digunakan untuk apa atau dalam situasi yang bagaimana? Dengan itu, saya ingin jelaskan di sini ialah ‘dari’ merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Manakala, kata sendi nama ‘daripada’ pula ialah yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarab, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan.

Semasa saya sedang menunggu bas bersama dengan kawan saya, saya ada terpandang satu iklan yang dilekatkan di papan kenyataan di hentian bas tersebut. Iklan tersebut bertajuk ‘Bicara Wanita: Dari wanita untuk wanita’. Dengan itu, dengan jelas kita dapat melihat kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘dari’. Kata sendi nama ‘dari’ tidak sesuai digunakan di situ kerana ‘wanita’ bukanlah tempat, arah atau waktu. Oleh itu, perkataan ‘daripada’ lebih sesuai di gantikan kerana ‘wanita’ merupakan manusia.
Dengan itu, di harapkan kepada mereka yang bertanggungjawab untuk menghasilkan iklan tersebut agar meneliti terlebih dahulu kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam iklan tersebut. Hal ini demikian kerana, walaupun sedikit kesalahan yang dilakukan, tetapi ia boleh menjejaskan bahasa kita.

No comments:

Post a Comment