Thursday, 18 October 2012

KATA NAMA MAJMUK


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Ketika saya sedang membaca surat khabar, saya ada terbaca tentang satu ayat iaitu “masalah bahan mentah juga setakat ini tidak menjadi masalah kerana adanya keluasan ladang kami…”. Tentu anda tertanya-tanya kenapa saya fokuskan tentang perkataan bahan mentah tersebut. Di dalam entri blog saya ini, saya akan menulis berkenaan dengan perkataan tersebut.

Tentu sekali kamu pernah dengar tentang kata nama majmuk kan? Bagi yang belum lagi mengetahui ataupun masih lagi keliru tentang kata nama majmuk, saya akan menjelaskan tentang kata nama majmuk dalam entri blog saya pada kali ini. Menurut buku Tatabahasa Dewan kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk ini di eja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur.

Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya dan dapat di bahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1.      Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
a)      Guru besar
b)      Tengah hari
c)      Kertas kerja

2.      Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah.
a)      Analisis teks.
b)      Deria rasa.
c)      Temu duga.

3.      Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa.
a)      Lipas kudung
b)      Anak emas
c)      Berat tangan.

No comments:

Post a Comment