Assalamualaikum W.B.T
Dalam entri blog saya pada kali ini saya
akan menulis tentang bahasa rojak. Tapi, sebelum itu saya akan menerangkan
dahulu maksud bahasa rojak. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa ialah
suatu sistem bunyi suara yang di pakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia iaitu di antara seorang individu dengan
individu yang lain dan sebagainya. Manakala, rojak pula ialah bahasa yang
bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya iaitu seketika
menggunakan perkataan Melayu dan seketika menggunakan perkataan Inggeris. Oleh
itu, bahasa rojak ialah bahasa yang di campur adukkan di antara bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain dalam percakapan mereka.
Situasi
pada hari ini, kita dapat lihat ramai yang menggunakan bahasa rojak dalam
perbualan seharian mereka. Hal ini demikian kerana, mungkin di sebabkan mereka
sudah terbiasa menggunakan bahasa Inggeris ketika bercakap dan apabila mereka
terpaksa bercakap dalam bahasa Melayu mereka akan tersasul mengeluarkan perkataan
Inggeris. Di samping itu, mungkin juga disebabkan keadaan atau suasana
sekeliling mereka yang memaksanya untuk bercakap menggunakan bahasa rojak.
Penggunaan
bahasa rojak ini biasanya dapat di lihat dan di dengar semasa berbual-bual
bersama kawan-kawan, menonton televisyen, membaca novel dan banyak lagi. Contoh
bahasa rojak ialah:
1. You ni, kan I dan cakap, impossible
untuk I siapkan semua ni.
2. Encik, sila bersabar sebentar ya kerana meeting
akan start pada bila-bila masa sahaja.
3. Maybe, I tak dapat datang esok kerana I
ada problem peribadi.
Oleh itu,
kita sebagai salah seorang rakyat yang mementingkan penggunaan bahasa Melayu
standard haruslah berbuat sesuatu agar penggunaan bahasa rojak ini dapat
dikurangkan. Di samping itu, kita juga harus menyedari tentang pentingnya
menghormati bahasa ibunda kita sendiri agar kita sentiasa menyayangi negara
kita.
Wassalam….
No comments:
Post a Comment