Assalamualaikum w.b.t
Hai kawan-kawan, sekarang ini saya masih lagi berada di kampung. Dalam entri blog saya ini, saya ingin menceritakan sedikit tentang pengalaman saya ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan saya. Biasalah, bila tiba sahaja musim cuti mesti ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Hal ini demikian kerana, pada waktu ini ramai yang pulang ke kampung.
Ketika saya tiba di rumah kawan saya itu, saya dapat lihat ramai orang dan saya diberitahu bahawa rombongan daripada pengantin lelaki baru sahaja sampai. Dengan itu, saya bersama dengan beberapa orang lagi kawan saya mengambil keputusan untuk bergambar bersama dengan pengantin sementara menunggu mereka yang sedang makan habis makan untuk kami mengambil giliran pula. Ketika sedang menunggu saya dapat melihat ramai gelagat manusia di majlis tersebut. Antaranya ialah gelagat budak-budak, malahan terdapat juga nilai bergotong-royong dan tolong- menolong dalam majlis tersebut agar ia dapat berjalan lancar. Di samping itu juga, saya dapat melihat ramai saudara mara daripada pihak pengantin yang datang untuk memeriahkan majlis.
Dalam ayat saya di atas, saya ada menyebut tentang perkataan budak-budak, bergotong-royong, tolong-menolong dan saudara mara kan? Sebenarnya perkataan tersebut ialah merujuk kepada kata ganda. Kata ganda merupakan satu proses pengulangan perkataan. Selain itu, kata ganda juga terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada :
1. Kata ganda seluruh.
2. Kata ganda semu.
3. Kata ganda separa.
4. Kata ganda bersajak atau berima.
5. Kata ganda berimbuhan.